fbpx

Tiz Zaqyah Akui Gambar Bersama Kekasih Baru, Kenal Sejak Sekolah Menengah

Selepas hubungan cinta bersama pelakon kacak Remy Ishak tidak menjadi, Tiz Zaqyah seringkali menjadi tumpuan untuk mengetahui siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya selepas kembali single.

Persoalan tersebut dapat dihidu apabila dia mula memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai @DanielHaziqafc di laman Instagramnya sejak kebelakangan ini.

BACA: Gambar Tiz Zaqyah Bersama Kekasih Baru

Tiz Zaqyah yang dihubungi siang tadi memberitahu bahawa gambar tersebut adalah dia bersama kekasih dan Tiz memberitahu bahawa kini dia bersama jejaka tersebut.

Ya, I’m with him right now. Kami kenal sejak sekolah menengah lagi,” ujar Tiz Zaqyah pendek.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka, Tiz Zaqyah mahu peminat doakan yang terbaik untuknya.