fbpx

Tidak Mahu Tunang, Anzalna Nasir Sasar Kahwin Dalam Masa 2 Tahun Lagi

Sedang orang lain sibuk bercerita tentang persiapan hari raya, timbul pula kisah mahu berkahwin daripada aktress yang namanya semakin meningkat naik ini.

Anzalna Nasir yang pernah terbabit dengan satu kontroversi bersama Neelofa mendedahkan niat beliau untuk tamatkan zaman bujang bersama kekasih, Hanif Zaki.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Anzalna Nasir berkata hubungan beliau dengan Hanif Zaki kini berjalan seperti biasa & jika boleh ingin kahwin cepat.

“Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum umur saya 26”

Menurut pelakon yang berusia 24 tahun ini, beliau sebolehnya tidak mahu langsungkan sebarang pertunangan sebaliknya mahu mengikat tali perkahwinan terus.

Terbaru, Anzalna Bakal tampil dalam drama bersiri adaptasi novel terbaru Adam & Hawa yang turut di'bintangi oleh Aaron Aziz eksklusif melalui Astro Mustika HD.

zp8497586rq