fbpx

Aaisyah Kini Miliki Pengurus Sendiri, Banyak Tawaran

Jika sebelum ini ada berita melaporkan yang anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah bergelar artis termuda di bawah naungan LOL Entertainment, nampaknya Aaisyah Dhia Rana kini semakin sibuk sehingga memerlukan pengurus sendiri.

Bercakap kepada majalah Wanita keluaran terbaru, Rozita Che Wan mengakui walaupun usia anaknya itu masih terlalu muda namun ia bukannya penghalang untuk menarik minat pelbagai pihak sehingga ditawarkan menjadi duta produk dan model beberapa jenama terkenal.

BACA: Anak Che Ta Kini Artis Termuda Sertai LOL Entertainment

“Alhamdulillah, rezeki Aaisyah semakin murah. Sekarang ini Aaisyah telah pun menjadi duta untuk pakaian kanak-kanak, Mothercare. Aaisyah juga mendapat tawaran daripada pelbagai syarikat yang ingin menjadikannya duta produk mereka.

“Permintaan untuk menjadikan Aaisyah cover majalah juga turut diterima. Jadi tidak salah kiranya, saya menyerahkan tugas menguruskan Aaisyah kepada mereka yang lebih arif,” ujarnya seperti dipetik Mangga Online baru baru ini.

Bertuah badan Aaisyah Dhia Rana muda muda lagi ibu bapanya sudah merencanakan kerjaya untuk jaminan masa hadapan. Beberapa keping gambar terbaru anak comel ini untuk tatapan anda termasuklah sesi fotografi bersama majalah Wanita baru baru ini. Enjoice! (rtky/m)