Seakan tidak mahu habis kontroversi yang melanda kehidupan pengarah & juga penerbit Raja Azmi — dalam hal kerja mahu pun peribadi.
Hari ini menerusi Berita Minggu, seorang wanita bernama Zaleha Mohd Khalid tampil membuat pengakuan yang beliau ada hubungan istimewa dengan Jalani Sidek, suami Raja Azmi.
Kisah pendedahan dua muka surat ini agak mengejutkan kami selepas pasangan ini menafikan gossip bahawa mereka bakal bercerai baru baru ini.
Menurut Zaleha Mohd Khalid yang juga merupakan rakan perniagaan Jalani Sidek, Raja Azmi tahu akan hubungan istimewa mereka dan mereka tidak mempunyai masalah untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Teruskan Membaca
Okay. Sekarang sessi saman bertukar tangan akan bermula.
Raja Azmi, layak sudah bergelar Ratu Kontroversi selepas satu per satu isu timbul.