fbpx

Raja Azmi Bakal Dedah Kisah Sebenar, Bebas Tuduhan Khalwat

Rasanya masih terlalu awal untuk mengatakan Raja Azmi & Roslin Hashim bebas tuduhan khalwat kerana kes mereka di’jadualkan di’sebut semula di mahkamah hari ini (22 Ogos 2011).

Namun Raja Azmi seakan yakin yang tiada pertuduhan ke atas beliau akan di’lakukan kerana kes sudah bertangguh beberapa kali. Untuk itu, satu sidang media akan di’adakan.

Raja Azmi khabarnya sudah pun memanggil pihak wartawan & media untuk ke sidang media khas beliau yang akan berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

Tujuan utama sidang akhbar itu di’adakan adalah untuk membersihkan nama Raja Azmi yang tercemar sejak dakwaan khalwat yang di’buat bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman.

“Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar,” kata Raja Azmi kepada mStar Online hari ini.

Jadi kita nantikan sahaja apa pendedahan eksklusif Raja Azmi tentang kes khalwat beliau dengan Roslin Hashim dan mungkin’kah ini akan menjadi kisah sensasi terakhir dunia hiburan sebelum Aidilfitri?