Raja Azmi Dakwa Wujudnya Konspirasi, Bakal Saman Bekas Isteri Roslin

Okay. Sekarang sessi saman bertukar tangan akan bermula.

Lewat petang semalam bertempat di Hotel Concorde, Raja Azmi mengadakan sidang media rasmi tentang kes beliau.

Tujuan utama sidang media Raja Azmi ini adalah untuk memberitahu perkara sebenar & membersihkan nama beliau yang sudah tercalit mayonis akibat kisah khalwat bersama Roslin Hashim tidak menjadi.

Raja Azmi bersyukur yang tuduhan khalwat ke atas beliau & Roslin Hashim telah di’gugurkan dan sekarang tibalah masa beliau untuk membalas dendam membersihkan imej.

Penerbit & pengarah filem ini mendakwa wujud konspirasi di’kalangan bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman dan dua orang individu lain yang identitinya di’rahsiakan.

Raja Azmi berkata kepada media yang konspirasi oleh tiga individu bermotifkan cinta & wang — dua subjek yang tidak pernah seiring sejalan pada hemat kami.

Untuk itu, Raja Azmi akan memfailkan saman ke’atas ketiga tiga orang individu itu & meminta perintah mahkamah supaya semua artikel berkenaan dakwaan khalwat beliau di’hapuskan dari muka internet.

Good luck Raja Azmi on removing articles from internet! via Tupai

Raja Azmi Bakal Dedah Kisah Sebenar, Bebas Tuduhan Khalwat

Rasanya masih terlalu awal untuk mengatakan Raja Azmi & Roslin Hashim bebas tuduhan khalwat kerana kes mereka di’jadualkan di’sebut semula di mahkamah hari ini (22 Ogos 2011).

Namun Raja Azmi seakan yakin yang tiada pertuduhan ke atas beliau akan di’lakukan kerana kes sudah bertangguh beberapa kali. Untuk itu, satu sidang media akan di’adakan.

Raja Azmi khabarnya sudah pun memanggil pihak wartawan & media untuk ke sidang media khas beliau yang akan berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

Tujuan utama sidang akhbar itu di’adakan adalah untuk membersihkan nama Raja Azmi yang tercemar sejak dakwaan khalwat yang di’buat bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman.

“Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar,” kata Raja Azmi kepada mStar Online hari ini.

Jadi kita nantikan sahaja apa pendedahan eksklusif Raja Azmi tentang kes khalwat beliau dengan Roslin Hashim dan mungkin’kah ini akan menjadi kisah sensasi terakhir dunia hiburan sebelum Aidilfitri?

Adu Soal Lain, Kena Tahan Sebab Lain: Raja Azmi Kini Di Lokap Polis

Raja Azmi, layak sudah bergelar Ratu Kontroversi selepas satu per satu isu timbul.

Satu Malaya sudah tahu kebarangkalian Raja Azmi adalah punca keruntuhan rumahtangga Roslin Hashim adalah tinggi.

Kisah itu belum selesai, Raja Azmi di’katakan kini sedang meringkuk dalam lokap IPD Ampang.

Asalnya, Raja Azmi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis berhubung satu SMS berunsur ugutan yang beliau terima.

Tetapi, Raja Azmi terus di’tahan selepas pihak polis mendapati beliau mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Suami’nya (yeah), datang untuk mengikat jamin namun tidak di’benarkan pihak polis kerana Raja Azmi bakal di’bawa ke mahkamah hari ini juga.

Sudahlah perlu berbuka puasa di’dalam lokap, satu lagi masalah menimpa produser kontroversi ini setelah skandal bersama Roslin Hashim belum reda.

Sumber Berita & Artikel: Kosmo Online

Roslin Hashim Ada Skandal Dengan Raja Azmi, Cerai Lagi Selepas 30 Hari

Sedikit slowpoke berbanding laporan Harian Metro hari ini namun kali ini kisah penceraian terbaru Roslin Hashim ada tambahan perisa.

Roslin Hashim di’katakan mempunyai hubungan sulit istimewa dengan produser yang sering di’kaitkan dengan beliau, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Isteri (ex) kepada Roslin Hashim, Norhayati Othman mendedahkan yang suami (ex) beliau berdua-duaan di bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, KL awal bulan lalu.

Menurut laporan mStar Online lewat petang tadi, Jalani Sidek (suami Raja Azmi) juga tahu akan perkara ini & sengaja melengahkan ‘kunjungan’ isteri Roslin Hashim & ibunya ke bilik hotel terbabit.

Jalani Sidek di’katakan menghubungi Roslin Hashim supaya beliau keluar dari bilik hotel tersebut & ketika mereka sampai, hanya Raja Azmi yang ada.

Selepas di’desak untuk kembali ke bilik berkenaan & perdebatan yang memakan berjam lamanya, Roslin Hashim di’katakan nekad melafazkan cerai.

Wow. What a fucked up family we have here my friend. Kita tunggu laporan akhbar secara total esok.