(Trailer) Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.

Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi.

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.

Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.

Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gossip) Raja Farah Bawa Teman Lelaki Ala Mat Rempit Tonton Wayang

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Bukanlah kami kata teman lelaki terbaru Raja Farah ini datang dari golongan Mat Rempit, nanti ada yang cemburu pula.

Maklumlah, golongan Mat Rempit hari ini bukan sekadar golongan biasa, sudah di’angkat berkali-kali ke layar perak. Sekarang boleh ada kekasih dari kalangan artis pula, mana boleh jadi kan?

Seorang wartawan awam malam tadi terlihat Raja Farah bersama seorang lelaki beratur untuk membeli tiket wayang di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota.

Sumber tersebut memberitahu yang lelaki tersebut bukan dari kalangan artis & penampilan’nya agak selekeh dan boleh di’gelar ala Mat Rempit.

Raja Farah & lelaki tersebut juga kelihatan begitu mesra & mempamerkan aksi bak sepasang kekasih dengan berpelukan dari belakang.

Kami yang agak curious ini cuba mencari gambar lelaki yang sumber ini maksudkan — kami ketemu satu koleksi gambar.

Raja Farah bersama seorang lelaki yang memang tidak pernah kami lihat tetapi tidak di’ketahui status perhubungan mereka yang sebenar.

Gambar di’atas di’ambil ketika mereka berdua terbang pulang selepas bercuti di Jakarta, Indonesia.

Entah betul entah tidak jejaka yang sumber lihat sama dengan jejaka dalam gambar ini. Sila berikan kepastian buat kami ya Raja Farah.

Wanita Hari Ini: Raja Farah Idamkan Persandingan Dalam Air

(Tips Dari Amanz.my. Ada cerita? Hantarkan ke [email protected])

Petang tadi (atau lebih sesuai semalam), Raja Farah menjadi salah seorang jemputan dalam Wanita Hari Ini (WHI).

Isunya tentang majlis perkahwinan — pelamin, make-up, bunga telur, makanan, baju pengantin & semua yang bersangkut paut.

Mahu gugur juga jantung kami yang lelaki apabila dengar ada pelamin yang mencecah puluhan ribu ringgit. Walhal, pakai sehari sahaja.

Kalau orang yang tidak kisahkan wang, apa salahnya berbelanja kahwin sekali seumur hidup. Itu kalau sekali, kalau dua kali bagaimana? Oops.

Raja Farah, apabila di’tanya tentang pelamin idaman beliau, pantas menjawab yang beliau inginkan pelamin dalam air.

Mungkin ada sedikit kena mengena dengan minat kecil Raja Farah yang sukakan scuba diving. Mana tahu satu hari nanti boleh bersanding atas terumbu karang.

Seorang rakan memberitahu, Raja Farah nampak sedikit berisi dalam rancangan tadi berbanding dahulu. Terlebih makan rendang korbankah?