fbpx

Wanita Hari Ini: Raja Farah Idamkan Persandingan Dalam Air

(Tips Dari Amanz.my. Ada cerita? Hantarkan ke [email protected])

Petang tadi (atau lebih sesuai semalam), Raja Farah menjadi salah seorang jemputan dalam Wanita Hari Ini (WHI).

Isunya tentang majlis perkahwinan — pelamin, make-up, bunga telur, makanan, baju pengantin & semua yang bersangkut paut.

Mahu gugur juga jantung kami yang lelaki apabila dengar ada pelamin yang mencecah puluhan ribu ringgit. Walhal, pakai sehari sahaja.

Kalau orang yang tidak kisahkan wang, apa salahnya berbelanja kahwin sekali seumur hidup. Itu kalau sekali, kalau dua kali bagaimana? Oops.

Raja Farah, apabila di’tanya tentang pelamin idaman beliau, pantas menjawab yang beliau inginkan pelamin dalam air.

Mungkin ada sedikit kena mengena dengan minat kecil Raja Farah yang sukakan scuba diving. Mana tahu satu hari nanti boleh bersanding atas terumbu karang.

Seorang rakan memberitahu, Raja Farah nampak sedikit berisi dalam rancangan tadi berbanding dahulu. Terlebih makan rendang korbankah?