Rancang Kahwin Dengan Model Sambilan, Pian Cecupak Syok Sendiri?

Pian Cecupak, nama tidak segah kontroversi yang melanda si empunya diri. Selepas kolagen, kini haru dengan dakwaan merancang untuk kahwin model sambilan.

Sejak minggu lalu, Pian Cecupak melalui beberapa media massa berkata beliau kini sedang merancang untuk menamatkan zaman duda’nya bersama Aida Hazira Ahmad Razman.

Namun hari ini melalui Harian Metro, gadis berusia 23 tahun ini kesal dengan kenyataan yang di’keluarkan oleh Pian Cecupak dan berkata ia’nya tidak benar sama sekali.

Aida Hazira menafikan sekeras kerasnya dakwaan Pian Cecupak tersebut dan tidak menyangka hubungan baik antara beliau & pelakon tersebut telah di’salah anggap.

“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu”

Selepas mengetahui tentang kebenaran ini, kami tidak sabar untuk dapatkan reaksi Pian Cecupak yang lantang bersuara ke atas penulis hiburan bebas di’Malaysia berkaitan isu kolagen tempoh hari.

Pian Cecupak Kembali Suntik Kolagen, Tampil Dengan Imej Drag Queen

Hampir dua tahun lalu, kami masih ingat kisah penuh keinsafan Pian Cecupak.

Habis semua media di’canang akan kisah beliau yang sudah insaf dengan perbuatan’nya yang mahukan wajah seperti Dafi.

Namun sejak akhir akhir ini, nampaknya Pian Cecupak seperti memungkiri janji kepada diri sendiri & para peminat yang mahu melihat beliau berubah.

Pian Cecupak di’khabarkan kembali menyuntik kolagen ke wajah beliau & muncul dengan penampilan yang masih sama seperti dulu terutamanya dalam rancangan Lawak Minggu Ini di Astro.

Sudah benar berubah Pian Cecupak atau kata kata dua tahun dahulu hanya janji manis untuk meraih publisiti murahan? Lagi gambar Pian Cecupak selepas ini. via MyArtis Teruskan Membaca

(Gambar) Wajah Terbaru Pian Cecupak, Semakin Normal

(Sumber Gambar: TV3 & Minaq Jinggo The Ultimate Photographer)

Kenyataan Pian Cecupak beberapa minggu lalu yang menyatakan beliau ingin berubah bukan sekadar cakap kosong.

Ketika menghadiri majlis penghargaan ‘Tersasar Di Jalanmu’ anjuran Erma Fatima baru-baru ini, nampak perubahan ketara pada wajah Pian Cecupak.

Walaupun sudah tidak ada usaha untuk menjadi Dafi, Pian Cecupak sebenarnya lebih tampan dengan wajah normal beliau.

Kami pasti belum 100% collagen di’keluarkan dari wajahnya, namun jika azam begini di’sertakan dengan usaha, insyaAllah akan berhasil.

Orang-orang tua selalu berpesan, esok-esok jangan buat lagi ya Pian Cecupak — sayang wajah semulajadi.

Hajat Hati Mahu Wajah Seperti Dafi, Pian Cecupak Mula Menyesal

Geli hati kami apabila membaca artikel tentang kenyataan penuh sesal Pian Cecupak.

Beberapa tahun dahulu, industri hiburan terkejut dengan tindakan Pian Cecupak membuat suntikan kolagen ke wajah’nya.

Niatnya cuma satu, untuk memiliki wajah lebih jambu & mana tahu, lebih banyak tawaran berlakon untuk diri sendiri.

Namun sampai hari ini, wajah yang di’idamkan tidak menjadi kenyataan & Pian Cecupak mula insaf setelah di’tegur oleh anak sendiri yang berusia 12 tahun.

“Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,” kata Pian Cecupak kepada media.

Pian Cecupak juga menyatakan yang beliau sudah mula melakukan proses mengeluarkan kolagen & merancang untuk mengerjakan umrah.

Baguslah kalau begitu, sedar sebelum terlambat. Jangan sampai wajah sudah tidak boleh di’perbaiki, baru timbul rasa menyesal.