fbpx

Hajat Hati Mahu Wajah Seperti Dafi, Pian Cecupak Mula Menyesal

Geli hati kami apabila membaca artikel tentang kenyataan penuh sesal Pian Cecupak.

Beberapa tahun dahulu, industri hiburan terkejut dengan tindakan Pian Cecupak membuat suntikan kolagen ke wajah’nya.

Niatnya cuma satu, untuk memiliki wajah lebih jambu & mana tahu, lebih banyak tawaran berlakon untuk diri sendiri.

Namun sampai hari ini, wajah yang di’idamkan tidak menjadi kenyataan & Pian Cecupak mula insaf setelah di’tegur oleh anak sendiri yang berusia 12 tahun.

“Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,” kata Pian Cecupak kepada media.

Pian Cecupak juga menyatakan yang beliau sudah mula melakukan proses mengeluarkan kolagen & merancang untuk mengerjakan umrah.

Baguslah kalau begitu, sedar sebelum terlambat. Jangan sampai wajah sudah tidak boleh di’perbaiki, baru timbul rasa menyesal.