(Gambar) Pontianak, Serigala Jadian, Bella Kembali 30 Jun 2010

Kami tahu anda peminat berhantu The Twilight Saga & sanggup berpusu-pusu membeli tiket ketika tayangan tengah malam ‘New Moon‘ beberapa bulan lalu.

Dan, hari ini beberapa keping gambar eksklusif dari filem terbaru ‘Eclipse’ muncul di’internet — mungkin sebagai salah satu langkah promosi secara viral.

Filem terbaru ini akan mengangkat dilema Bella yang tersepit antara cinta kepada Edward & persahabatan utuh dengan Jacob.

Bella sedar apa pun keputusan yang beliau buat, masih ada sedikit kemungkinan berlaku pergeseran antara puak pontianak & serigala jadian.

Sekali lagi, hidup Bella dalam bahaya apabila pontianak jahat Victoria kembali untuk menuntut bela atas kematian Laurent dalam ‘New Moon’.

Lagi gambar eksklusif ‘The Twilight Saga: Eclipse’ selepas ini. Jangan lupa ajak kami jika mahu menonton. Enjoice! Teruskan Membaca

Megan Fox Diundi Sebagai Pelakon Wanita Paling Teruk & Seksi 2009

Peminat telah bersuara. Walaupun kami sayang Megan Fox, tapi bakat lakonan beliau tidak dapat kami sanjung.

MovieFone.com baru-baru ini mengeluarkan satu senarai lengkap hasil undian para peminat filem terhadap pelbagai cabang penting dalam dunia perfileman.

Megan Fox yang banyak menghiasi media sepanjang tahun 2009 di’undi sebagai pelakon wanita paling teruk & juga pelakon wanita paling seksi.

Untuk menambahkan perisa, Transformers: Revenge of the Fallen arahan Michael Bay telah di’undi sebagai filem paling teruk & mengecewakan untuk tahun 2009 — namun berjaya menjadi filem aksi terbaik.

Dalam undian yang sama New Moon berjaya menjadi filem terbaik pilihan peminat mengalahkan blockbuster lain seperti Avatar, Inglourious Basterds & Up.

Kutipan Pembukaan New Moon Buat The Dark Knight Terduduk

Itu dia penangan vampire handsome dalam filem terbaru siri Twilight, New Moon.

Kami sendiri tidak menyangka filem ini akan menerima sambutan sebegini hangat.

Kami akui kami belum lagi menonton Twilight yang pertama & angka yang di’catat New Moon buat kami tercari-cari DVD yang pertama.

New Moon mencatat rekod kutipan tayangan hari pertama dengan mengumpul USD72.7 juta mengalahkan The Dark Knight (USD67.2).

Para peramal & pengkritik filem menjangkakan New Moon akan dengan mudahnya mengalahkan kutipan The Dark Knight dalam seminggu yang mendatang.

Filem yang banyak di’gemari oleh kaum Hawa ini masih belum sampai ke panggung Malaysia. Kami harap ia akan sampai selepas kami tonton Twilight yang pertama.