fbpx

Kutipan Pembukaan New Moon Buat The Dark Knight Terduduk

Itu dia penangan vampire handsome dalam filem terbaru siri Twilight, New Moon.

Kami sendiri tidak menyangka filem ini akan menerima sambutan sebegini hangat.

Kami akui kami belum lagi menonton Twilight yang pertama & angka yang di’catat New Moon buat kami tercari-cari DVD yang pertama.

New Moon mencatat rekod kutipan tayangan hari pertama dengan mengumpul USD72.7 juta mengalahkan The Dark Knight (USD67.2).

Para peramal & pengkritik filem menjangkakan New Moon akan dengan mudahnya mengalahkan kutipan The Dark Knight dalam seminggu yang mendatang.

Filem yang banyak di’gemari oleh kaum Hawa ini masih belum sampai ke panggung Malaysia. Kami harap ia akan sampai selepas kami tonton Twilight yang pertama.