(Gambar) Pontianak, Serigala Jadian, Bella Kembali 30 Jun 2010
Kami tahu anda peminat berhantu The Twilight Saga & sanggup berpusu-pusu membeli tiket ketika tayangan tengah malam ‘New Moon’ beberapa bulan lalu.
Dan, hari ini beberapa keping gambar eksklusif dari filem terbaru ‘Eclipse’ muncul di’internet — mungkin sebagai salah satu langkah promosi secara viral.
Filem terbaru ini akan mengangkat dilema Bella yang tersepit antara cinta kepada Edward & persahabatan utuh dengan Jacob.
Bella sedar apa pun keputusan yang beliau buat, masih ada sedikit kemungkinan berlaku pergeseran antara puak pontianak & serigala jadian.
Sekali lagi, hidup Bella dalam bahaya apabila pontianak jahat Victoria kembali untuk menuntut bela atas kematian Laurent dalam ‘New Moon’.
Lagi gambar eksklusif ‘The Twilight Saga: Eclipse’ selepas ini. Jangan lupa ajak kami jika mahu menonton. Enjoice!