(Gossip) Mizz Nina & Noh Hujan Bakal Bertunang Dalam Masa Terdekat?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Menurut seorang peminat hiburan yang dapat kisah ini dari sumber yang boleh di’percayai, pasangan urban Mizz Nina & Noh Hujan di’katakan bakal bertunang tidak lama lagi.

Agaknya sekarang ini memang musim artis bertunang & berkahwin. Entri kami yang lepas-lepas pun tidak lari dari topik sebegini.

Namun di’sebalik berita gembira buat peminat kedua-dua artis muda ini, ada sedikit berita yang tidak senang untuk di’dengar.

Ibu kepada Mizz Nina di’katakan tidak berapa berminat dengan pilihan anak gadis beliau & di’sebabkan itu majlis pertunangan ini tidak di’war-warkan.

Jika menurut hukum & manisnya, majlis pertunangan memang sepatutnya di’senyapkan & majlis perkahwinan nanti baru di’palu kompang sekampung.

Rasanya tidak wujud sentimen ibu yang tidak sukakan bakal menantu dek kerana hanya tidak war-warkan majlis pertunangan mereka. Aish, pertunangan ini belum tentu betul atau tidak. Gossip.

Bau Terbaik Di Dunia Adalah Bau Badan Lelaki Yang Anda Sayang

Jika anda bertanya kenapa dengan tiba-tiba tajuk entri kami hari ini lain macam, ini semua adalah kerana kami akan pukalkan update tentang hubungan artis menjadi satu.

Untuk pengetahuan, kata-kata di’atas adalah petikan kata-kata selebriti terkenal Hollywood — Jeniffer Aniston. Boleh kita bermula?

Jika anda hanya mengharapkan blog kami sebagai sumber gossip & berita hiburan, makan tajuk-tajuk di’bawah adalah sangat relevan. Lain, sila skip & tunggu berita baru, esok.

1) Raja Farah yang baru-baru ini kelihatan agak kurang hot ketika menghadiri Festival Filem Malaysia di’khabarkan sudah bertunang secara senyap-senyap & bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Raja Farah & tunang’nya merancang untuk mengikat tali pernikahan November ini selepas majlis merisik Oktober lalu bertukar menjadi majlis pertunangan. Mereka bercinta sejak 14 Februari tahun ini. Aww!

2) Ayu Raudhah & tunangan’nya juga tidak mahu ketinggalan bot dengan mengumumkan yang mereka bakal berkahwin 20 Januari tahun hadapan. Pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha ini juga sudah bertunang pertengahan Oktober lalu. Mana boleh kalah!

3) Aleeza Kassim sudah bercerai. Go & read it for yourself.

Dan, gambar di’atas tiada kena mengena dengan mana-mana point kami dalam entri ini. Cuma mahu buktikan kenyataan dalam tajuk entri ini.

Fakta: Megan Fox Pernah Bekerja Sebagai Maskot Pisang

Megan Fox

Melihat kepada kejayaan & perwatakan Megan Fox kini, tiada siapa sangka yang Megan Fox pernah bekerja sebagai maskot pisang.

Megan Fox berkata itulah satu-satunya kerja yang beliau ada sebelum bergelar anak seni.

Bekerja di sebuah kedai minuman, Megan Fox di’beri pilihan untuk memakai kostum pisang atau epal.

Namun, Megan Fox memilih pisang kerana kostum’nya lebih nipis & selesa. Kami sedang bayangkan bagaimana seksi’nya kostum pisang itu di’badan Megan Fox. Owh!

Megan Fox sekali lagi menegaskan dalam temubual bersama US Magazine yang beliau adalah seorang anak yang baik ketika remaja & lebih suka duduk di’rumah.

Sedikit tentang cerita cinta, Megan Fox kini kembali bersama Brian Austin Green.

Gambar Terbaru Rita Rudaini & Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

“Alhamdulillah, kami telah menerima pengesahan nikah di sini.”

“Selepas ini kami hanya menunggu tarikh daripada peguam Boestamam Ahmad untuk mendaftar pernikahan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Aidil.

Maka selepas ini harapnya tiada lagi suara-suara nakal yang mengusik ‘pengantin baru’ ini. Semuanya sudah di’jalankan dengan sah & mengikut hukum.

Dalam gambar terbaru mereka, pasangan sensasi ini nampak seperti pasangan normal. Tidak mengelak media atau jurugambar. Begitu’lah selebriti yang kita mahu. Gambar ihsan mStar Online.

(Gambar) Camelia, Betty Benafe & Zahida Rafik Bersama Teman Bersosial

Artis Malaysia kalau bersosial memang mampu mengalahkan artis Hollywood. Gambar dua situasi berbeza ini nampak sama sahaja.

Camelia dengan rakan-rakan’nya & Betty Benafe di’lihat bersama Zahida Rafik dan Zizie Ezette. Apa pun yang di’kaburkan atas meja itu, kita sudah sedia maklum.

Lagi gambar mereka selepas ini. Jika anda salah seorang peminat mereka, maafkan kami. Enjoice! Teruskan Membaca

12