Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Menurut seorang peminat hiburan yang dapat kisah ini dari sumber yang boleh di’percayai, pasangan urban Mizz Nina & Noh Hujan di’katakan bakal bertunang tidak lama lagi.
Agaknya sekarang ini memang musim artis bertunang & berkahwin. Entri kami yang lepas-lepas pun tidak lari dari topik sebegini.
Namun di’sebalik berita gembira buat peminat kedua-dua artis muda ini, ada sedikit berita yang tidak senang untuk di’dengar.
Ibu kepada Mizz Nina di’katakan tidak berapa berminat dengan pilihan anak gadis beliau & di’sebabkan itu majlis pertunangan ini tidak di’war-warkan.
Jika menurut hukum & manisnya, majlis pertunangan memang sepatutnya di’senyapkan & majlis perkahwinan nanti baru di’palu kompang sekampung.
Rasanya tidak wujud sentimen ibu yang tidak sukakan bakal menantu dek kerana hanya tidak war-warkan majlis pertunangan mereka. Aish, pertunangan ini belum tentu betul atau tidak. Gossip.