Badi Sehati Berdansa? Giliran Anne Ngasri Di Ambang Perpisahan

Harian Metro hari ini menulis tentang rumahtangga Anne Ngasri & Abdul Wafi kini di’landa masalah & kemungkinan besar menuju perpisahan.

Nasib perkahwinan mereka yang akan genap 5 tahun tidak lama lagi akan di’tentukan oleh keputusan mahkamah (atau, keputusan mereka berdua sekali.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan”, kata Anne Ngasri kepada media.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

Kami doakan ini kes penceraian terakhir yang melibatkan pasangan Sehati Berdansa. Harapnya ini bukan badi yang harus di’takuti mana-mana pasangan. Insya-Allah.

Saya Terpaksa Buka Tudung Untuk Cari Rezeki – Anne Ngasri

Niat tidak menghalalkan cara. Itu yang selalu kita dengar.

Dilema sebenarnya para pelakon yang kuat niat untuk bertudung tetapi terpaksa akur kepada tuntutan kerja.

Tetapi, tidak mustahil sebenarnya untuk terus menerima tawaran sekalipun bertudung penuh.

Wardina contoh terbaik, semakin murah rezeki beliau setelah bertudung & kini lebih di’hormati dan popular.

Anne Ngasri dalam satu kenyataan terbaru melalui mStar Online berkata, hati beliau sudah terbuka untuk bertudung seperti mana tuntutan Islam.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai”

Namun untuk projek terbaru beliau, Mayang Mengurai, beliau terpaksa membuka tudung atas tuntutan watak & dengan niat mencari rezeki.

Di’sebalik itu semua Anne Ngasri masih berharap yang satu hari nanti beliau akan mampu untuk bertudung penuh di’dalam atau luar drama.

(Gambar) Eja Mahu Anak Pertamanya, Nur Eishal Jadi Angkasawan

(Sumber Berita & Gambar: Gua.com.my)

Akhirnya, muncul juga anak comel pertama Eja di’khalayak ramai. Eksklusif dari Gua.com.my

Eja yang berkahwin dengan Mohd Silahuddin sejak 10 tahun dahulu mengakui yang kehadiran anak pertama mengubat kekosongan dalam hati.

Selama ini, Eja mengakui yang kekosongan tanpa anak itu wujud tapi dek kerana sibuk bekerja, perasaan itu datang & pergi.

Ketika mengerjakan umrah tidak lama dahulu, perasaan inginkan anak dalam diri Eja membuak-buak & di’luahkan kepada si suami.

Percutian mereka (bulan madu kedua mungkin) ke Amerika Syarikat selepas itu membuahkan hasil apabila Eja di’sahkan hamil. Teruskan Membaca

Eja Janji Akan Perkenalkan Anak, Nur Eishal Kepada Media

Dari dahulu lagi, Eja memang misteri orangnya & ini tidak terkecuali tentang anak kecilnya, Nur Eishal.

Di’temui pihak media di majlis perasmian Islamic Fashion Festival (IFF) yang berlangsung di JW Mariott Hotel,KL semalam, Eja masih belum mahu imej anaknya di’rakam.

Apabila di’tanya bila Eja akan perkenalkan Nur Eishal?

“Eja faham diluar sana ramai tertanya-tanya bila Eja akan memperkenalkan anak Eja.Banyak perkara perlu difikirkan. Keadaan dan masa yang tidak mengizinkan, tambahan pula Eja bersalin tiga minggu lebih awal dari jangkaan”

Nur Eishal yang membawa maksud ‘cahaya bunga syurga’ merupakan anak pertama hasil perkahwinan Eja yang di’rahsiakan lebih 10 tahun.

Eja yang kini di’ikat sebagai duta Bio-Essence selama dua tahun kini mengakui tidak lagi pentingkan kerjaya kerana sudah bergelar ibu.

Bercakap tentang Nur Eishal, Eja mengakui satu sifat yang di’ikut oleh anak kecil itu adalah kegemaran akan warna merah.

(Gambar) Anne Ngasri & Anak: Ibu Seksi Anak Comel Berisi

Ada orang kata personaliti ibu bapa akan mencerminkan peribadi anak-anak dikemudian hari.

Jika seorang ibu itu seksi, tidak molek pula jika mengatakan anaknya juga seksi. Comel berisi lebih sesuai mungkin.

Koleksi gambar peminat Anne Ngasri ini menunjukkan gambar anak bongsu Anne & suaminya Wafi. Gambar atas adalah anak pertama pasangan bahagia ini.

Lagi gambar selepas ini & aku rasa anak mereka lebih mirip Anne Ngasri. Teruskan Membaca