fbpx

(Gambar) Eja Mahu Anak Pertamanya, Nur Eishal Jadi Angkasawan

(Sumber Berita & Gambar: Gua.com.my)

Akhirnya, muncul juga anak comel pertama Eja di’khalayak ramai. Eksklusif dari Gua.com.my

Eja yang berkahwin dengan Mohd Silahuddin sejak 10 tahun dahulu mengakui yang kehadiran anak pertama mengubat kekosongan dalam hati.

Selama ini, Eja mengakui yang kekosongan tanpa anak itu wujud tapi dek kerana sibuk bekerja, perasaan itu datang & pergi.

Ketika mengerjakan umrah tidak lama dahulu, perasaan inginkan anak dalam diri Eja membuak-buak & di’luahkan kepada si suami.

Percutian mereka (bulan madu kedua mungkin) ke Amerika Syarikat selepas itu membuahkan hasil apabila Eja di’sahkan hamil.

“Sebagai ibu, kita tentulah nak anak kita belajar setinggi yang boleh. Kita tidak memberi harta padanya tetapi pelajaran. Bila kami (ibu bapa) sudah tiada, mereka boleh berdoa untuk kita. Tapi kalau boleh, Eja nak Nur Eishal jadi angkasawan.”

Harapnya tercapai cita-cita Eja mahu melihat Nur Eishal menjadi angkasawan, mungkin angkasawan wanita pertama negara. Siapa tahu ‘kan?