fbpx

Badi Sehati Berdansa? Giliran Anne Ngasri Di Ambang Perpisahan

Harian Metro hari ini menulis tentang rumahtangga Anne Ngasri & Abdul Wafi kini di’landa masalah & kemungkinan besar menuju perpisahan.

Nasib perkahwinan mereka yang akan genap 5 tahun tidak lama lagi akan di’tentukan oleh keputusan mahkamah (atau, keputusan mereka berdua sekali.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan”, kata Anne Ngasri kepada media.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

Kami doakan ini kes penceraian terakhir yang melibatkan pasangan Sehati Berdansa. Harapnya ini bukan badi yang harus di’takuti mana-mana pasangan. Insya-Allah.