(Gambar) Akma AF3 Bercuti Bersama Teman Lelaki, Kini Kembali Single
August 20, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News, Photos

Beberapa jam selepas mStar Online menyiarkan kenyataan rasmi dari Akma AF3 tentang hubungan cinta’nya, seorang peminat hantarkan e-mail buat kami.
Dalam kenyataan beliau, Akma AF3 mengakui yang beliau kini single & sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki yang di’kaitkan dengan beliau.
“Orang kata, cinta ada pasang surutnya tetapi saya terima apa jua keadaan kerana ia bukan jodoh saya. Kami sama-sama membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini,” ujar Akma AF3 kepada mStar Online.
Dalam e-mail yang kami terima, penghantar menyertakan beberapa keping gambar intim pasangan kekasih ini ketika masih bersama.
Kami sendiri tidak faham kenapa orang masih berminat untuk mendengar kisah artis seperti Akma AF3 yang nyaris di’lupakan dari dunia hiburan.
Dan, kenapa pula kami pun sibuk mahu menulis. Haish! Lagi gambar Akma AF3 bercuti bersama kekasih hati (bekas) selepas ini. Enjoice! Read more
(Kantoi) Bekas Rakan Kerja Kata Riz AF6 Hanya Jaga Kaunter MAS
March 29, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Kasihan pula kami lihatkan Riz AF6 ini. Baru sahaja mahu kelihatan kool bergambar bersama Ferrari milik orang lain, sudah kantoi membuat kenyataan palsu.
Al-kisahnya, Harian Metro beberapa hari lalu menulis tentang kegilaan Riz AF6 terhadap kereta mewah & sudah pun memiliki sebuah kereta BMW.
Bercerita tentang sejarah pembelian kereta itu, Riz AF6 menyebut yang sebahagian duit datang dari hasil simpanan semasa bekerja sebagai pramugara dahulu.
Seorang bekas rakan sekerja beliau tampil membuat penafian yang Riz AF6 pernah bekerja sebagai pramugara.
Menurut individu yang masih rahsia identiti’nya ini, Riz AF6 hanya bekerja di’kaunter tiket MAS, bukan di’awangan tinggi.
Tidak mengapalah jika benar Riz AF6 hanya bekerja sebagai penjaga kaunter, tiada siapa kisah pun sebenarnya. Kenapa perlu bohong peminat ‘kan?
Hot FM Twisties Bingit Bakal Berpindah Ke Layar Televisyen
November 19, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under News
Dalam pada ada gesaan dari pakar ekonomi untuk menghentikan program realiti, kini muncul program baru.
Hot FM Twisties Bingit bukanlah satu program realiti baru kepada mereka yang mendengar radio Hot FM. Cuma kali ini, tarafnya di’angkat ke layar televisyen.
Ramai mula mempersoalkan keperluan program realiti hiburan selepas lambakan artis yang wujud dalam industri seni tanah air.
Penambahan band-band bebas yang bersaing dalam Hot FM Twisties Bingit ini akan menambahkan bilangan artis yang wujud, tetapi belum tentu masa hadapan’nya.
Hot FM Twisties Bingit boleh kami katakan Akademi Fantasia versi berkumpulan kerana berjaya menarik minat ramai anak muda (bersama band masing-masing) untuk mencuba nasib.
Program realiti ini akan di’tayangkan di 8TV dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 beserta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.
Orang Ekonomi Bersuara: Hentikan Program Realiti TV, Membazir!
November 18, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under News
Lama sudah sebenarnya kami teringin nak dengar orang dari latarbelakang ekonomi bercakap tentang habit orang Malaysia yang gemarkan program realiti TV.
Hari ini, hero kami, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin bersuara.
Menurut beliau, segala program TV yang berunsurkan undi dari penonton melalui SMS perlu dihentikan segera kerana menggalakkan pembaziran.
“Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan”
Kami rasa pun sudah sampai masa orang Malaysia lebih sayangkan duit dari bakat baru yang belum tentu ke’mana.
Duit zaman sekarang bukan senang hendak di’cari. Tapi, mintalah sesiapa pun untuk belanjakan, RM1 juta pun boleh rata dalam 24 jam.

