fbpx

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Vokal Terbaik AIM Buat Kali Ke-12

Keputusan penyanyi popular ini untuk kembali tercalon dalam persaingan Anugerah Indusrti Muzik (AIM) ke 21 baru baru ini membuahkan hasil selepas daripada lapan pencalonan yang diterimanya Dato’ Siti Nurhaliza pulang dengan tiga trofi menerusi album Fragmen & Konsert Lantera Timur.

GALERI: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke 21

Siti Nurhaliza berjaya pulang dengan trofi Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita dan Rakaman Album Terbaik (Konsert Lentera Timur).

“Album Fragmen ini adalah inspirasi dari suami saya. Apa yang jadi pada beliau memberi inspirasi pada saya untuk menghasilkan album ini. Album ini menceritakan kesedihan, kegembiran dan apa yang saya rasa, saya kongsikan dalam album ini,” katanya ketika menerima trofi.

Sona One Cipta Sejarah AIM - ROTIKAYA

Dalam perkembangan sama Sona One mencipta sejarah tersendiri dalam penganjuran AIM apabila berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi ‘No More’ yang merupakan lagu berbahasa Inggeris pertama yang berjaya merangkul gelaran tersebut.

Lagu sama turut membawa pulang gelaran Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

“Saya mahu orang ramai sedar yang ianya bukan soal bahasa namun kualiti lagu itu sendiri,” kata Sona One mengulas kemenangan beliau.

Akim Ahmad yang gagal ke Anugerah Juara Lagu berjaya merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki menerusi lagunya Mewangi. (rtky/m)

Lagu Terbaik – No More (SonaOne)
Album Terbaik – Fragmen (Siti Nurhaliza)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Siti Nurhaliza (Lebih Indah)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Akim Ahmad (Mewangi)
Lagu Pop Terbaik – Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
Lagu Rock Terbaik – Rentak Laguku (Bunkface ft. Amy Search)
Lagu Hip Hop Terbaik – Apa Khabar (Joe Flizzow ft. SonaOne)
Video Muzik Terbaik – Yuna (Falling)
Artis Baru Terbaik – Poova
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Nora bersama Mosyi, Alif & Putri (Selamanya Bahagia)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Azhael (Hujung Waktu)
Lagu Pop Etnik Terbaik – Akar Kita Zapin
Lagu Nasyid Terbaik – Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – No More
Artis Baru Terbaik – Poova
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Salahkah (Hafiz Suip & Rossa)
Kulit Album Terbaik – #1 (Stacy)
Rakaman Album Terbaik – Konsert Lentera Timur (Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan)
Anugerah Seri Wirama – Datuk Ramli Sarip