fbpx

Siti Nurhaliza Bermadu Cinta Bersama Suami di Istanbul

Ketika ini, Datuk Siti Nurhaliza dan juga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sedang menikmati pemandangan yang cukup indah di Cappadocia, Turki. Bukan main manis-manis lagi gambar pasangan ini di Istanbul.

BACA: Datuk Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

Mengikuti perkembangan Siti di Instagram, kami difahamkan bahawa kini pasangan tersebut terlibat di dalam penggambaran program Romantika, sebuah rancangan mengenai selebriti ternama tanah air yang berkongsi tentang rahsia kebahagiaan perkahwinan mereka sambil melancong.

Meskipun Siti dan Datuk K kini sibuk dengan penggambaran program tersebut namun sebenarnya kami melihat ia seperti peluang kepada pasangan ini untuk berbulan madu, lagi pun sebelum ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya sehinggakan jarang kita lihat mereka bercuti panjang bersama. (rtky/syfq)