fbpx

Siti Nordiana Belum Sedia Terima Lamaran Sesiapa

Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut.

BACA: Siti Nordiana Selesa Dengan Status Janda

“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang”

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana menyatakan bahawa sepanjang tempoh enam tahun hidup solo, dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius apabila rakan-rakan suka mengusiknya mengenai hal berkaitan jodoh. (rtky/s)