fbpx

Shila Amzah Jawab Soal Lelaki Dalam Cosmopolitan September 2011

Kami berkesempatan ke Kinokuniya hari ini. Bosan menghadap dunia hiburan. Katanya.

Menghabiskan masa beberapa jam di’bahagian majalah kami sempat mencuri baca Cosmopolitan terbaru.

Kami pernah terdengar seorang wartawan hiburan meminta Shila Amzah untuk berhenti menyanyi kerana tidak mempunyai aura penghibur.

Look, lagu ciptaan beliau sendiri berjudul ‘Patah Seribu’ mula mendapat tempat di’hati peminat & kini eksklusif di Youtube.

Kolaborasi Shila Amzah bersama Jaclyn Victor & Ning Baizura untuk single ‘Beribu Sesalan’ memang menjadi. Eh tiba tiba kami jadi peminat Shila Amzah.

Dalam keluaran Cosmopolitan, Shila Amzah menjawab persoalan teman lelaki dalam hidup beliau & mengakui yang 90% dari rakan’nya kini adalah lelaki.

Turut mengakui mempunyai sifat boyish, Shila Amzah berkata fasa perasaan untuk memiliki teman lelaki sudah lama berlalu.

Shila Amzah turut mendedahkan yang beliau berazam untuk memiliki jenama pakaian sendiri & mahu menjualnya secara online. Seorang lagi usahawan selebriti, give us five!

Dapatkan edisi Cosmopolitan September anda hari ini di’kedai majalah berdekatan untuk mengetahui kisah lanjut berkaitan Shila Amzah. Kami tidak di’bayar Cosmopolitan untuk menulis entry ini.