fbpx

“Jangan Guna Alasan PKP, Usaha, Jangan Malas!”

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kempen bendera putih sebagai isyarat memerlukan bantuan. Malah, ramai yang tampil membantu menghulurkan sumbangan kepada mereka yang susah.

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida ada memuat naik video di aplikasi TikTok singgah membeli di sebuah gerai kecil milik anak muda di kawasan perumahan. Difahamkan, DSV memuat naik video itu bagi menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang memohon bantuan makanan.

BACA: DSV Bahagia Hidup Dengan Anak-Anak Dari Kahwin Biawak Hidup

@datoserividaofficial

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida

? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUTEH

“Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200-RM250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap,” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut meminta mereka yang terjejas diluar sana supaya berusaha daripada bergantung dengan bantuan bendera putih sahaja.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang mengatakan jika tidak mahu membantu lebih baik diam.

Kata netizen lagi, memang betul perlu berusaha tapi kempen bendera putih itu adalah pilihan terakhir bagi mereka yang kesusahan apatah lagi belum tentu ada modal untuk berniaga.