fbpx

Sharifah Shahora Akui Silap Buka Aib Suami

Kontroversi yang membabitkan pelakon Sharifah Shahora dan suaminya sebelum ini sedikit sebanyak mendapat perhatian peminat-peminat tempatan ada yang menyokong tindakannya dan ada juga yang menentang apa yang dilakukannya terhadap suami sendiri.

“Sebagai seorang isteri perbuatan saya ini buruk mana ada isteri atau dalam Islam sendiri boleh mengaibkan suami tapi sebabkan saya bukan isteri yang terpilih saya perlu lakukannya untuk menyedarkan suami saya,” jelasnya.

BACA: Sharifah Shahora Akui Dedah Aib Suami Kerana Terpaksa

Dengan pendedahan sebelum yang dilakukan Shahora sebelum ini bagaimanapun memberikan impak yang positif apabila suaminya secara perlahan-lahan telah berubah dan kini menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

“Tindakan yang saya lakukan itu jadi betul pula apabila suami saya dapat pengajaran. Sebelum ini buat senyap-senyap secara berdua, bila satu Malaysia tahu dan dia terasa kali ini impak dia sangat besar,” katanya kepada media.

Penangan media sosial turut menyumbang kepada apa yang dilakukannya kini apabila statusnya sebelum ini yang dimuat naik di Instagram nyata menarik minat para wartawan serta peminat untuk mengetahui kisah rumah tangga yang dialaminya.

“Media sosial sekarang ini sangat teruk, benda yang satu pun boleh jadi viral. Saya tak sangka bila saya memuat naik status di laman Instagram mendapat perhatian orang ramai. Sebenarnya saya nak berkongsi dengan kawan kawan saya di situ sahaja

“Tidak menyangka sampai begini jadinya. Tapi alhamdulillah pengajaran untuk suami saya juga dan kini banyak berubah,” tambahnya. (rtky/h)