Sharifah Shahora Akui Kesilapan Buka Aib Suami, Tidak Wajar Dicontohi
Kontroversi yang membabitkan pelakon Sharifah Shahora dan suaminya sebelum ini sedikit sebanyak mendapat perhatian peminat-peminat tempatan ada yang menyokong tindakannya dan ada juga yang menentang apa yang dilakukannya terhadap suami sendiri.
“Sebagai seorang isteri perbuatan saya ini buruk mana ada isteri atau dalam Islam sendiri boleh mengaibkan suami tapi sebabkan saya bukan isteri yang terpilih saya perlu lakukannya untuk menyedarkan suami saya,” jelasnya.
BACA: Sharifah Shahora Akui Dedah Aib Suami Kerana Terpaksa
Dengan pendedahan sebelum yang dilakukan Shahora sebelum ini bagaimanapun memberikan impak yang positif apabila suaminya secara perlahan-lahan telah berubah dan kini menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
“Tindakan yang saya lakukan itu jadi betul pula apabila suami saya dapat pengajaran. Sebelum ini buat senyap-senyap secara berdua, bila satu Malaysia tahu dan dia terasa kali ini impak dia sangat besar,” katanya kepada media.
Penangan media sosial turut menyumbang kepada apa yang dilakukannya kini apabila statusnya sebelum ini yang dimuat naik di Instagram nyata menarik minat para wartawan serta peminat untuk mengetahui kisah rumah tangga yang dialaminya.
“Media sosial sekarang ini sangat teruk, benda yang satu pun boleh jadi viral. Saya tak sangka bila saya memuat naik status di laman Instagram mendapat perhatian orang ramai. Sebenarnya saya nak berkongsi dengan kawan kawan saya di situ sahaja
“Tidak menyangka sampai begini jadinya. Tapi alhamdulillah pengajaran untuk suami saya juga dan kini banyak berubah,” tambahnya. (rtky/h)
lenkali pikir dulu.. laki bini lain pun gaduh jugak..
Xpe kak yg lps tu lps…yg pnting jgn ulangi lg….sy minat akak…bertudungla baru manis menutup aurat….
pengajaran utk para isteri juga. Jgn pikir geram ko sorang ja sampai belakangkan ingatan agama. Neraka menanti jika isteri buka aib suami. Mohonlah kemaafan suami
hahaa akak…lain kali hal dlm umahtangga adalah rahsia suami isteri, nasib baik suami akak boleh tolak ansur, kalau tidak huru hara jadinya…kalau akak berhijap lagi tampak muda …….!
no komen
apa pun semua dah berakhir dengan selamat. Maka bersyukur lah dan mintak ampun kepada suami sebab mengaibkan nya sebelum ni. Jangan lagi berulang perkara yang sama dan jangan lagi mengungkit perkara ni kepada umum. Yang lepas biar lepas . Yang penting kita terus hidup dengan objektif untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Seorang isteri yang setia akan di beri ganjaran di akhirat nanti. Doa2 kan.
suka lakonan si shorah ni menjadi..patut menang award..
Suke bace komen2 yg baik…..
aurat tolong jago.