fbpx

“Saya Rasa Teruja Dengan Watak Bertudung”

Hadir dengan penampilan bertudung litup dalam drama terbaru lakonannya, Ifa Raziah melalui BH Plus menyatakan bahawa dia ‘hanyut’ dengan wataknya yang berbeza itu. Sebelum ini, Ifa banyak membawa watak antagonis.

BACA: Ifa Raziah: Bukan Saya Pegang Atau Meraba Pun

“Saya teruja dengan watak bertudung ini, Memang jarang saya dapat watak baik selama ini. Sasmpai orang pun meluar dengan lakonan ‘jahat’ saya,” jelasnya. Selain itu, Ifa juga mempunyai jawapan sendiri sama ada dia sudah bersedia untuk berhijrah.

“Saya tak mampu hendak menjawab tepat jika persoalan itu diajukan. Insya-Allah, doakan yang terbaik. Mana tahum satu hari nanti, saya akan ke arah itu (bertudung),” katanya.

Selain itu, Ifa juga dalam masa yang sama turut berkongsikan gambarnya berhijab di laman Instagram dan turut mendapat reaksi positif daripada peminatnya. (rtky/s)