Nur Fazura Kongsikan Gambar Persediaan Awal Untuk Filem Manisnya Cinta | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
19 April 2013, 12:04AM

Jika anda minat akan filem Istanbul, Aku Datang ada sebab untuk anda teruja menantikan filem terbaru berjudul Manisnya Cinta yang kini sudah memulakan proses produksi.

Seperti yang anda sedia maklum, Manisnya Cinta merupakan judul novel tulisan Anis Ayuni yang kini akan di’angkat ke layar perak dengan sentuhan Bernard Chauly sebagai pengarah.

Bernard Chauly akan bergandingan dengan Rafidah Abdullah yang akan bertindak sebagai penulis skrip dan pasangan ini sudah membuktikan keserasian mereka dalam dengan Istanbul, Aku Datang.

Filem Manisnya Cinta membariskan Nur Fazura untuk membawakan watak utama Ifti Liyana bergandingan dengan Shaheizy Sam (Nazmi), Faizal Hussein (Bakhtiar) & juga Lisa Surihani (Izelea).

Baru baru ini, Nur Fazura melalui akaun Instagram beliau telah kongsikan beberapa keping gambar persedian awal (rehearsal) untuk produksi Manisnya Cinta ini. Anda teruja? Enjoice!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...