fbpx

NOAH Nama Baru Peterpan, Bakal Terbit Album Dengan Semangat Baru

Akhirnya selepas sekian lama berteka teki tentang apakah nama baru yang bakal di’pilih Peterpan untuk kembali ke arena muzik Indonesia, mereka hari ini mengumumkan nama NOAH.

Bekas ahli kumpulan Peterpan Ariel, Uki, Lukman, David, Reza mengumumkan nama baru untuk mereka kembali melalui Twitter rasmi mereka terlebih dahulu sebelum sebuah sidang media khas di’adakan.

Apabila di’tanya tentang maksud sebenar NOAH & sama ada ia’nya ada kena mengena dengan nama Nabi Noh, Ariel pantas menjawab ia’nya tidak terlalu mengarah ke’sana tetapi lebih kepada muzik.

Uki menambah yang menurut terjemahan kamus, NOAH membawa maksud seorang yang di’senangi, aman & mampu menjadi penenang dan itu menurut beliau merupakan arah tuju muzik baru mereka.

Dengan nama baru ini, NOAH kini berada dalam semangat baru untuk menyiapkan album terbaru mereka yang kini sudah pun mencapai 80% sempurna untuk pasaran dengan tambahan dua buah lagu.