Sedikit goyang dunia hiburan Malaysia pagi tadi selepas ada beberapa laporan mengatakan Neelofa & Hans Isaac kini bercinta.
Gossip yang di’mulakan di Harian Metro & menular ke Forum Cari ini berakhir dengan penafian terus dari Neelofa yang kami temubual sebentar tadi.
Menurut Neelofa, beliau & Hans Isaac bertemu buat pertama kali Julai lalu untuk membincangkan watak beliau dalam filem Lemak Kampung Santan dan perjumpaan itu berlangsung di The Curve, Damansara.
Neelofa lebih selesa untuk bertemu di’luar kerana kawasan kediaman beliau yang hampir dengan pusat membeli belah tersebut dan sehingga ke hari ini Neelofa belum menjejakkan kaki ke pejabat rasmi Hans Isaac.
“Lofa memang sudah agak gossip begini akan keluar kerana kami pernah duduk berdua sebelum orang ketiga turut serta dalam perjumpaan ringkas kami,” jelas Neelofa.
Neelofa juga menafikan beliau ada merancang sebarang gimik cinta lokasi yang di’praktikkan sesetengah selebriti untuk melariskan filem.
“Lofa kalau boleh, mahu stay out of radar sampai filem siap. Rimas dengan gossip cinta lelaki lelaki semua ini. You jangan buat cerita bukan bukan. HAHA!” kata Neelofa mengakhiri perbualan kami.
NKO NK MNGATAL NGN SHAH JAZ, JAZSLEYG KE APE NAMENYE TU AKU TAK HERAN, TP NKO JNGN NK RAPAT2 NGN HANS NI, AKU SIMBAH POWER ROOT KT MUKE NKO NANTI, RETIII.!!
isk2….x kan org tua plk yg die nak..hehehe
Kenapa lah nak kecoh2 ni….. biar lah dgn sesiapapun dia nak berkwn…. berkwn tidak membawa maksud bercinta……..
Tetapi kalau dah jodoh dia siapa boleh larang……..
saya doakan kedua pasangan ini dapat disatukan dgn izin allah hendaknya congr. neel & hans.