fbpx

Nadia Annuar: Saya Percayakan Sammy 100%, Terima Kisah Silam Seadanya

Nadia Annuar: Saya Percayakan Sammy 100%, Terima Kisah Silam SeadanyaNama pengacara ini mula menjadi sebutan selepas kisah percintaan beliau dengan seorang penyanyi popular Indonesia mula di’ketahui oleh peminat hiburan Malaysia.

Nadia Annuar bersikap terbuka tentang hubungan beliau dan Sammy Simorangkir dan pengacara berusia 28 tahun ini juga gembira apabila kekasih’nya itu tidak menyorok status.

“Hubungan saya sebelum ini, si dia tidak gemarkan status masing masing menjadi suatu perkara yang di’ketahui umum tetapi lain dengan Sammy,” ujar Nadia Annuar.

Menurut beliau lagi, Sammy Simorangkir tidak segan & malu memperkenalkan dirinya sebagai kekasih kepada peminat dan media industri hiburan di Indonesia sana.

Di’minta memberikan komen tentang isu seorang wanita yang mengaku pernah tinggal bersama Sammy Simorangkir, bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) ini tenang menjawab.

“Saya ada di’sana ketika isu itu timbul dan (Sammy) ceritakan segalanya kepada saya — saya percayakan beliau & kisah yang di’canang itu tidak benar,” ujar beliau.

Sedar akan sejarah silam Sammy Simorangkir yang pernah di’penjara akibat salah guna dadah, Nadia Annuar berkata beliau menerima seadanya kisah silam kekasih’nya itu.

Kredit Foto Tanpa Prejudis: Cipot Redz