fbpx

Mia Ahmad Punca Suami Isteri Gaduh Sampai Bercerai?

Baru-baru ini, heboh juga diperkatakan mengenai kisah pasangan suami isteri yang bercerai kerana si suami tergila-gilakan sangat watak Yuhanis yang dibawakan oleh Mia Ahmad di dalam drama Hati Perempuan sehingga di melarat ketika tidur. Lain macam.

BACA: Mia Ahmad: Tiada Apa Antara Saya Dan Syarul Ridzwan

Mia Ahmad Punca Suami Isteri Bercerai? - ROTIKAYA_in text

“Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita benar atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian. Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang diragui kesahihannya”

“Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku. Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukacita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu”

“Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata,” kata Mia yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama lain kepada Sinar Harian .

Khabar angin ini bermula apabila seorang wanita dilaporkan telah mengunjungi pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk bercerai dengan suaminya. Selain menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur, suaminya juga mula menunjukkan perubahan sikap. (rtky/s)