fbpx

Mia Ahmad: Tiada Apa Antara Saya Dan Syarul Ridzwan

Mungkin kerana peminat terkesan dengan lakonan Mia Ahmad dan juga Syarul Ridzwan di dalam drama bersiri Hati Perempuan yang sudah pun tamat baru-baru ini, khabar angin mengenai mereka sedang menjalin cinta pantas tersebar.

BACA: Mia Ahmad Elak Aksi Berpeluk Dengan Lelaki

“Mereka yang pantas mengatakan kami bercinta itu tak tahu apa apapun sebenarnya. Mereka hanya cakap berdasarkan apa yang dilihat termasuklah melalui gambar yang dimuat naik kami di laman Instagram selain komitmen yang ditunjukkan di dalam lakonan di kaca TV”

“Saya tak pasti dari mana cerita ini datang kerana ia kali pertama didengari saya. Yang pasti kerjaya seni saya baharu sahaja bermula dan tak semudah itu saya akan mempersiakannya,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, Mia juga mengakui di selesa bekerjasama dengan Syarul dan dalam masa yang sama menganggap bahawa Syarul merupakan seorang rakan lelaki yang baik. Bagi kami, Mungkin juga keserasian mereka membuatkan peminat terbawa-bawa watak pasangan ini ke dunia realiti. (rtky/s)