fbpx

Mas Idayu Cekik & Serang Hos Mentor Legend?

Anda mesti kenal pengacara dan wartawan sensasi Zuan Azmi bukan? Saban minggu muncul di program hiburan Melodi selain kini menjadi hos belakang pentas untuk program Mentor Legend di TV3. Ada kisah menarik dari belakang pentas katanya semalam.

Melalui akaun Twitter beliau, Zuan Azmi menulis yang Mas Idayu yang sebelum ini pernah menjadi bualan apabila naik angin dengan peserta uji bakat Mentor Legend telah mencekik dan menyerang beliau ketika salah satu slot belakang pentas Ahad lalu.

BACA: Peserta Uji Bakat Mentor Legend Persoal Nyanyian, Mas Idayu Naik Angin

Mas Idayu Cekik & Serang Hos Mentor Legend? - ROTIKAYA

Dalam temubual ringkas bersama kami, Zuan Azmi berkata yang Mas Idayu juga ada mencekik & menyerang beliau ketika rehearsal dijalankan dan telah diberi nasihat untuk tidak mengulanginya ketika siaran langsung namun perkara itu tidak diendahkan.

“Sebab dia perempuan, kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional apabila asyik dikenakan soalan panas,” ujarnya.

Sekali baca seakan Mas Idayu mahu bergurau dengan hos Mentor Legend itu namun kenyataan dari Zuan Azmi tidak menunjukkan perkara ini seperti boleh dibuat main. Kalau asyik kenakan artis dengan soalan panas, apa salahnya sesekali kena cekik ‘kan? (rtky/m)