Oleh RotiKaya Staff pada
11 January 2014, 10:01AM

Linda Onn berjaya buat seluruh bala tentera media dalam industri hiburan tidak puas hati dengan keputusan beliau untuk menjalankan majlis pernikahannya dalam suasana 100% private.

Termasuk kami di sini. Dan, tiada siapa dapat melihat wajah jejaka yang sudah bergelar suami kepada penyampai radio popular ini secara jelas sehinggalah Linda Onn kongsikan sekeping foto seperti yang dijanjikan di Instagram beliau.

“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi. Thank you hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love you like a love song,” tulis Linda Onn mengiringi gambar beliau bersama suaminya di majlis pernikahan mereka.

Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang. (rtky/eka)

Related
Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...