fbpx

Laporan: Fasha Sandha Sahkan Bakal Kahwini Rizal Ashram Di Bali, Indonesia 29 April 2012

Kalau anda belum membaca surat khabar fizikal hari ini seperti kami ini berita yang penting untuk anda semua tahu secepat mungkin.

Berita Harian hari ini melaporkan yang Fasha Sandha telah sahkan bahawa tarikh perkahwinan beliau adalah pada 29 April 2012.

Kenyataan ini merupakan antara kenyataan yang di’tunggu tunggu peminat dunia hiburan yang telah lama di’sogok dengan lambakan gambar pra perkahwinan mereka.

Majlis perkahwinan antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram akan berlangsung dalam satu majlis tertutup yang akan di’hadiri oleh 100 orang tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media. Dan, kami semestinya tiada dalam senarai. #LOLĀ 

Menurut kenyataan Fasha Sandha kepada wartawan Berita Harian, persiapan majlis perkahwinan tersebut sudah hampir siap & busana perkahwinan mereka berdua telah pun mendapat sentuhan Rizman Ruzaini.