fbpx

Lana Nordin Akui Kini Sedang Bercinta, Bukan Dengan Bekas Kekasih Adira

Sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa Lana Nordin bercinta dengan seorang jejaka yang bergelar doktor namun ketika ditemui di Anugerah MeleTOP Era, Lana menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa jejaka itu bukanlah seorang yang bergelar doktor.

“Dia bukanlah seorang doktor dan tidak ada kena mengena dengan bidang perubatan. Selain itu dia juga bukanlah seorang yang berpangkat. Hanyalah insan biasa yang ingin mengenali antara satu sama lain,” ujar Lana Nordin tentang kekasih barunya.

BACA: Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor?

Lana juga turut digosipkan dengan bekas kekasih Adira dan juga menjelaskan bahawa dia tidak mengenali langsung lelaki itu dan terkejut apabila gosip itu timbul.

“Saya tak kenal langsung dengan bekas teman lelaki Adira. Lagi pun saya tak pernah jumpa atau melihat wajahnya dan tiba-tiba dikaitkan memang saya terkejut. Dengar kata orangnya berkulit cerah tetapi maaflah saya sebenarnya lebih berminat kepada lelaki yang berkulit sawo matang,” jelasnya sambil berseloroh.

Dia kini bahagia dengan seseorang jejaka yang katanya telah menambat hatinya & berharap agar perhubungan itu berjalan dengan lancar setelah apa yang dihadapinya sebelum ini.

Rancang Untuk Berkahwin, Bakal Kerjakan Umrah

“Sebelum ini ada beberapa orang jejaka yang saya kenali dan saya rasa yang seorang ini, lain daripada yang lain dan saya selesa dengannya. Saya berharap perhubungan ini dapat berjalan dengan lancar dan kalau tiada masalah saya ingin berkahwin kerana umur saya pun dah 35 tahun sudah layak rasanya untuk saya mendirikan rumah tangga. Bercinta selepas kahwin pasti rasanya lebih bahagia & harap akan kekal untuk selamanya,” katanya.

Sementara itu, Lana juga akan mengerjakan umrah pada Mac ini, dan berharap pemergiannya ke sana memberikannya satu nikmat dan hidayah.

“Saya akan pergi pada hujung bulan ini dan masih menunggu visa. Ada sedikit persediaan yang telah saya buat dan berharap ianya berjalan lancar apabila saya berda di Kota suci itu.

“Saya juga akan berdoa dan membuat solat sunat istikharah agar dipermudahkan rezeki dan dikurniakan suami yang baik-baik, Insha-Allah,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)