Kamal Adli: Saya Bukan Punca Emma, Zizan Berpisah
Oleh Rotikaya Staff pada
07 January 2015, 6:01PM

Minggu ini sekurang kurangnya akan penuh dengan kisah dan spekulasi putus cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang kini hangat diperkatakan ramai. Masih banyak cerita di sebalik tabir yang masih menjadi tanda tanya namun kita sudah ada mangsa pertama.

Beberapa minggu sebelum ini, nama Kamal Adli pernah menjadi sebutan apabila khabarnya beliau sedang rapat dengan Emma Maembong sehingga sanggup tinggalkan kerja untuk menjemput pelakon wanita itu dari lapangan terbang, demi cinta.

BACA: Emma Maembong Akui Sudah Tidak Tahan Dengan Sikap Zizan Razak



Secara semulajadinya, pasti Kamal Adli akan dipandang terlebih dahulu apabila berita perpisahan pasangan ini menjadi hangat. Sejauh mana peranan beliau dalam kekalutan ini.

“Takkan saya nak merampas kekasih orang? Jangan pandai-pandai tuduh. Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan. Bukan saya yang menjadi punca. Kami hanya rakan kerja yang terlibat dengan drama Cinta Tanpa Syurga. Tidak lebih daripada itu,” jelas Kamal Adli.

Bercakap kepada mStar Online juga, Kamal Adli sendiri mengakui terkejut dengan berita putusnya hubungan pasangan itu dan meminta semua pihak supaya tidak melibatkan namanya dalam kekalutan yang melanda ketika ini. (rtky/m)


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Komen & Lain-lain
12 komen untuk “Kamal Adli: Saya Bukan Punca Emma, Zizan Berpisah
  1. predictpeopleee says:

    hahaaaaa… finallllyy.. tapo kita tunggu naaaa… kiki… pandai rotikaya…

  2. nok says:

    betul ke tak ada kene mengena? sy bsama suami & anak makan di TGI di Wangsa Walk bln lps, mula2 tserempak dgn kamal adli msk TGI bsama seorg kwn lelaki, 5 minit kemudian emma msk bsama seorg kwn perempuan die. kalau tak ada apa2, tak kn la kebetulan makan di tpt yg sama?

  3. Juno says:

    tengok la typografi dekat baju dia tu. terang2 dah tertulis emma.

  4. mak temah says:

    takder angin pokok tak goyang…sangka baik jer lah…cukup time kalau betul nanti terbukti jugak. aku part2 artis ni,…..10 benda dorang ckp…9 1/2 aku tak caya…..

  5. I'MMA says:

    ok sangat2 ni….teruskn bang kamal ????

  6. azuea says:

    redha jela ye,lg suka kamal adli dr zizan tu,hehe tp kapel yg org plg tunggu tuk menikah da tentu el n baim kn.ramai yg mendoakan hrp thun ni lgsg ye.

  7. Dimanasweet says:

    ApeĀ²lah asalkan diorang bhgia…

  8. Bersabarlah. Bergelut dalam masalah cinta tiga segi? Dapatkan tips untuk menyelesaikan masalah cinta tiga segi anda di http://www.wom.my/gaya-hidup/terjerat-dalam-cinta-tiga-segi/

  9. Miebesut says:

    Kita berserah je la pada yang maha esa

  10. iz says:

    biar la dia nak brcinta dngan sesiapa pon…

  11. ziati says:

    It ok kamaladli..jodoh tak kemana..dgn Emma pun sesuai..sama cantik dan padan..
    Sis Nok,betul ke mereka ketemuan di TGI?
    Heboh.com.hehe

  12. rotibom says:

    Mcm ada ssuatu di sbalik smua ni. Jengggg jenggggg jengggongengggg woshhhhhh!!! ( spantas kilat mhilang di sbalik asap)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *