Minggu ini sekurang kurangnya akan penuh dengan kisah dan spekulasi putus cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang kini hangat diperkatakan ramai. Masih banyak cerita di sebalik tabir yang masih menjadi tanda tanya namun kita sudah ada mangsa pertama.

Beberapa minggu sebelum ini, nama Kamal Adli pernah menjadi sebutan apabila khabarnya beliau sedang rapat dengan Emma Maembong sehingga sanggup tinggalkan kerja untuk menjemput pelakon wanita itu dari lapangan terbang, demi cinta.


BACA: Emma Maembong Akui Sudah Tidak Tahan Dengan Sikap Zizan Razak

Secara semulajadinya, pasti Kamal Adli akan dipandang terlebih dahulu apabila berita perpisahan pasangan ini menjadi hangat. Sejauh mana peranan beliau dalam kekalutan ini.

“Takkan saya nak merampas kekasih orang? Jangan pandai-pandai tuduh. Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan. Bukan saya yang menjadi punca. Kami hanya rakan kerja yang terlibat dengan drama Cinta Tanpa Syurga. Tidak lebih daripada itu,” jelas Kamal Adli.

Bercakap kepada mStar Online juga, Kamal Adli sendiri mengakui terkejut dengan berita putusnya hubungan pasangan itu dan meminta semua pihak supaya tidak melibatkan namanya dalam kekalutan yang melanda ketika ini. (rtky/m)