fbpx

Irma Hasmie, Ayu Raudhah Selamat lahirkan Bayi Lelaki

Berkongsi tarikh yang sama yang jatuh pada tanggal 29 Mac, kedua-dua aktres Irma Hasmie dan Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi lelaki yang berbeza enam jam sahaja.

Berita tersebut diberitahu sendiri oleh suami mereka menerusi laman twitter.

Alhamdulillah… Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam)

Saya sangat teruja bergelar ayah dan berharap bayi kami akan baik dan taat kepada suruhan ALLAH,”  kata Redza, suami Irma Hasmie

Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha turut meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Ayu Raudhah.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung kami pada jam 2.17 petang tadi (Jumaat),” kata Zaquan.