fbpx

Janji Tak Lari Lagi, Watie Setuju Bayar Hutang Hana RM2,000 Sebulan

Penyanyi dan pelakon, Watie Sadali diperintah untuk membayar sebanyak RM2,000 sebulan sebagai ansuran bagi melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada salah seorang anggota Elite, Hana Adnan.

Memetik mStar Online, keputusan tersebut dicapai dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Sesyen Selayang.

BACA: Hana Hilang Sabar Watie Langsung Tak Bayar Hutang

Peguam yang mewakili Hana iaitu Mohd Fikri Abd Rahman memaklumkan keputusan penyelesaian itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan secara baik.

Dalam pada itu, keputusan mahkamah kali ini secara tidak langsung mensyaratkan Watie untuk komited melangsaikan tuntutan serta boleh dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.

“Sebelum ini Watie cuba mengelak membayar hutang tersebut. Kali ini sudah setuju beri komitmen dan tidak boleh lari. Kalau gagal dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah mahkamah.

“Jika ia berlaku, salah satu hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara terhadap Watie,” katanya.

Terdahulu, Hana menang saman berhubung kegagalan Watie menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dia membuat pinjaman bank pada September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon itu tidak layak untuk membuat pinjaman.

Bagaiamanpun, Watie gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga Hana diisytiharkan muflis.