fbpx

Hospital Taja Rozita Che Wan Bersalin, Layanan Kelas Pertama

Memang rezeki anak namanya apabila Rozita Che Wan mengesahkan yang beliau akan menerima tajaan pakej bersalin kelas pertama daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri tidak lama lagi dan ianya termasuk rawatan susulan selepas kelahiran.

“Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan termasuklah rawatan susulan. Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula,“ ujar Rozita Che Wan.

BACA: Rozita Che Wan Amalkan Akar Fatimah, Rahsiakan Tiga Perkara

Bertuah pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang boleh berjimat kos bersalin di hospital swasta yang mana kelas pertama boleh mencecah kos lima angka. Rozita Che Wan dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa dua minggu ini.

“Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir,“ tambah Rozita Che Wan lagi. (rtky/m)