Oleh RotiKaya Staff pada
22 July 2013, 10:07AM

Lebih dua bulan yang lalu, Pekin Ibrahim ada tampil memberikan satu kenyataan yang hubungan beliau dan Uqasha Senrose kini berada di tahap serius & merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

BACA: Pekin Ibrahim Ingin Kahwini Uqasha Senrose Segera

Namun, ada khabar yang sampai kepada kami ketika ini mengatakan yang hubungan Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim ini sudah pun berakhir. Semua ini gara gara sikap aktor tersebut yang sebenarnya tidak serius.

Walaupun sedang menjalin hubungan cinta dengan Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim khabarnya masih dengan perangai memasang dua tiga perempuan keliling pinggang sebagai peneman jika sunyi. Katanya ‘lah.

Status terbaru Uqasha Senrose di Instagram baru baru ini juga ada mengundang tanda tanya di kalangan para peminat akan status hubungan dengan Pekin Ibrahim ketika ini.

Uqasha Senrose mengirimkan sekeping puisi dengan tajuk Letting Him Go dan ini membuatkan para peminat berspekulasi mengatakan hubungan cinta aktress ini dengan Pekin Ibrahim sudah pun berakhir. Hmm.

Related
Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...