Fazura Dedah Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam
Oleh RotiKaya Staff pada
01 January 2015, 7:01PM

Kalau anda masih ingat sekitar pertengahan 2013 yang lalu, banyak khabar angin mengatakan yang Nur Fazura dan Shaheizy Sam ketika itu menjalin hubungan cinta namun ianya dinafikan oleh kedua dua belah pihak walaupun banyak sumber melaporkan sebaliknya.

Membawa ke penghujung 2014 ini, nampaknya Nur Fazura tidak kisah untuk cerita lama tersebut dibawa kembali untuk perhatian umum selepas program realiti TV, Facing Up To Fazura mendedahkan yang beliau pernah bercinta sekejap dengan Shaheizy Sam.

THROWBACK: Akui Sering Keluar Bersama, Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Fazura



Program itu mendedahkan yang Nur Fazura dan Shaheizy Sam mula jatuh cinta ketika sama sama menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dan khabarnya ketika itu mereka seakan tidak dapat dipisahkan lagi. Namun ianya tidak lama.

Hubungan mereka dikatakan terputus tidak lama selepas itu dan tidak bertegur sapa lebih setahun sehinggalah bermulanya promosi filem lakonan mereka itu baru baru ini.



Namun itu semua cerita lama dan masing masing kini pun sudah punyai kehidupan sendiri, tetapi mesti ramai peminat yang tidak tahu akan perkara ini dan juga tertanya tanya apa sebenarnya punca mereka berpisah ‘kan? Nampak serasi. (rtky/m)


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Komen & Lain-lain
19 komen untuk “Fazura Dedah Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam
  1. hade aku kesah says:

    wowwwww….

  2. ye ker pernah?? asal tkde gosipp?? – kedaionlinemy.com

  3. ss says:

    sudah2lah cik fazuraiii dengan publisiti murahan awak tue. thn 2015 ni bukak lembaran baru

  4. wawa says:

    Sejak xmnjadi dgn tmj ni..ceritadie saje..pdhal bkn glamer sgt pon…

  5. nini says:

    Kasian..naper x jadi…kan sama2 comel

  6. Sam says:

    Alah Fazura apa dia nk risau sangat dia tu kan cantik…tk payah petik jari pun..tengok gambar je ramai dah gila kan dia..

  7. ADREANA says:

    DALAM FACING UP TO FAZURA TAKNAK PLAK DIA CERITA KISAH CINTA DIA NGN TMJ…NAMPAK SGT LAKONAN DLM FACING UP TO FAZURA

  8. hek eleh says:

    udah udah la fazura woi . . Awok tuh muka cantik putih melepak . Cepat2 la kawin . Umur dah 32 .

  9. ahtong says:

    Ei publisiti apakah ini??? Habis semua cerita nak bukak ke? Sigh!
    Btw mcm maner fazura ni boleh jadi sangat cantek ah? Asalnya dulu takde la sangat.

    1. takyejugak says:

      Yelah dulu muka baru berlakon cam muka jawa…muka minah indon…dah ada duit kan biasalah…tak org tak kita…klau kita ada chance kita pun nak juga huhu…

  10. sm says:

    Alah dia cantik lepas dgn tmj. Kalau tak dulu agas je. Hidung cucuk filler. Masa cerita gol n gincu mana ada mancung mcm tu

  11. lalu lalang says:

    amboi mulut semua orang kalau mengumpat haa.. ckp org ni buat itu la buat ini la… ade bukti? jawab la kat akhirat nanti.. hahaha gaye joyah gle kau mengumpat

  12. nia says:

    xbaik tuduh..umpama fitnah tu..fazura mmg cantik dr dulu, tp skrg mkin cantik bcoz makeupkn bleh buatkn wjh seseorg lebih vogue da vasss tau..duit dia ada, sure lah mkn produk jaga kulit n bagaiii..awok yg mngata tu pun klau di ‘makeover’ mybe lebih umphh dr fazura..jadi klau rsa amalan utk akhirat tu xcukup, simpn2 lah kta nista tu dlm hati jer yer

  13. dayah says:

    yg x habis nk mengutuk ni adakah akal pendek? baca sudahla, tk suka diam, suka puji, kan senang, dosa pon x dpt.

  14. Hana says:

    Betul ckp fazura dlm facing up to fazura – sepaturnya perempuan support perempuan. Bukan menghina dan mengutuk sesama sendiri. Bukan nak support dan beri sokongan, sebaliknya menghina sesama jenis. Perempuan2 mcm ni lar yang hasilkan manusia2 berperangai buruk dalam dunia.

  15. firdaus says:

    apa pun ada pada manusia smua dtg dari allah.. Jgn cemburu,dengi..kalau mahu minta sama allah..bkn cemburu..jgn fikir kan dosa org lain fikirkan dosa sendiri… Fikir2 kan kalau mahu tegur dgn cara yg betul dan sopan.. Zzzzzz…

  16. angah says:

    tu la manusia x boleh tebgok org lebih…..ate kome yg ngate rope itu klau beduit macam fazura tu tetentu kome nk cantik macam dia kn….udah2 le tu ngate org x abis2 hemmmmm

  17. Ros says:

    She s cute pretty and smart just wished shes wearing hijab much sweeter!

  18. Random says:

    Yang si ADREANA ni pulak apahal? Caps lock rosak ke?

    The majority of fazura’s ex boyfriend semua dah kahwin. Takkan lah nak cerita pasal diaorang pulak kan? Gigih pulak FUTF nak cerita pasal semua ex boyfriend fazura. And maybe sam tu the latest ones so appropriate lah dengan FUTF. Dia cerita pasal personal relationship dia. Bila komen tu cuba ada pedoman sikit.

    Ni tak lain tak bukan haters fazura lah ni. Nak dengki je kerja. Buat lah reality show kau sendiri, cerita pasal semua lelaki yang pernah jadi boyfriend kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *