fbpx

Fahrin Ahmad Dan Elena Hani Selamat Diijabkabul

Dalam satu majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat pasangan Fahrin Ahmad, 36, dan pilihan hatinya, Elena Hani Eleas, 37, selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

BACA: Fahrin Ahmad Mohon Sejarah Lama Tidak Diungkit

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Ustaz Hazman Hashim dan diwalikan oleh ayah kandung Elena sendiri, Haji Eleas bin Hashim, dengan mas kahwin bernilai RM80. Majlis yang dinanti-nantikan oleh peminat Fahrin ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Sekalung tahniah buat pasangan Fahrin Ahmad dan isteri, kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin. (rtky/hfz)