fbpx

Drama ‘Dia Isteri Luar Biasa’ Di TV3 Bermula Hari Ini

Kepada peminat drama bersiri Melayu yang sering menghiasi kaca televisyen, nampaknya anda akan ada ketagihan baru apabila drama bersiri baru berjudul Dia Isteri Luar Biasa akan memulakan tayangan pada hari ini di TV3.

Menggantikan drama bersiri Hati Perempuan yang turut mendapat sambutan peminat sebelum ini, Dia Isteri Luar Biasa pastinya akan tampil dengan jalan cerita lebih hebat membariskan para pelakon ternama tanah air untuk hiburan anda setiap petang.

BACA: Jaga Tatasusila, Mia Ahmad Elak Aksi Berpeluk Dengan Lelaki

Dia Isteri Luar Biasa membariskan watak utama yang dijayakan Shukri Yahaya dan juga Fathia Latiff selain dibantu oleh Keith Foo, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (lakonan Fathia Latiff) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri.

Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri dengan apa cara sekali pun.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya.

Mahu tahu siapa yang menjadi suami sementara kepada Dewi, haruslah anda mula menonton drama ini yang ke udara setiap Isnin hingga Khamis bermula 6.55 petang di TV3. Jom! (rtky/m)