Drama Bersiri 'Dia Isteri Luar Biasa' Di TV3 Bermula Hari Ini
Kepada peminat drama bersiri Melayu yang sering menghiasi kaca televisyen, nampaknya anda akan ada ketagihan baru apabila drama bersiri baru berjudul Dia Isteri Luar Biasa akan memulakan tayangan pada hari ini di TV3.
Menggantikan drama bersiri Hati Perempuan yang turut mendapat sambutan peminat sebelum ini, Dia Isteri Luar Biasa pastinya akan tampil dengan jalan cerita lebih hebat membariskan para pelakon ternama tanah air untuk hiburan anda setiap petang.
BACA: Jaga Tatasusila, Mia Ahmad Elak Aksi Berpeluk Dengan Lelaki
Dia Isteri Luar Biasa membariskan watak utama yang dijayakan Shukri Yahaya dan juga Fathia Latiff selain dibantu oleh Keith Foo, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.
Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (lakonan Fathia Latiff) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri.
Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri dengan apa cara sekali pun.
Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya.
Mahu tahu siapa yang menjadi suami sementara kepada Dewi, haruslah anda mula menonton drama ini yang ke udara setiap Isnin hingga Khamis bermula 6.55 petang di TV3. Jom! (rtky/m)
X sbr nk tgk ptg ni… #asampedas utk dia plus #arianarose
Meletop Fathia…vogue!
Keith Foo baca watak gay….laser gila mulut dia. Kalah Norhafiza!
apa pun kena tunggu dan lihat
kak azizah ade x dlm drama ni. ape pn tgk jela ptg nnti dr xde buat ape..
aku kalau tyz zakiah ke, nelydia senrose ke blh jgk nak tgk..tp kalau perempuan ni.hrmm tak yahlah! bajet cantik jek
Kannnnnn
I miss tiz zaqyah dlm slot akasia tv3…hrp die kembali d tv3
rindu hati perempuan
Tertunggu nak tengok cerita ni. Harapnya best.
Jalan cerita ni mcm drama korea bad couple. Drama tu dlm 2008. Dlm drama tu, heroin adalah seorg yg success dan cuba perangkap seorg dr utk dptkan anak. Terlalu bnyk persamaan. Mana originality nya?
Tunggu keith scene pakai sluar sendat nk tayang alor kulup dia tu….puiiiiiii…x selera.
Kulup la best. Merah je!
Keith Foo…jd gayboi. omg!!!!
keith foo! haaaa…jd mat lembut.
Best pulak drama ni jah
Bagis juga jalan cerita nya . para pelakon nya semua berbakat , handsome dan cantik .. tapi kenapa disiarkan diwaktu dan masa masuk waktu magnrib..terbantut pulak nak tenguk..ada ulang tayang tak ??
best plkn cntik n hensem berbakat
aku tgk pelakon extra mcm doktor perempuan kwn si fathia n yg jd adik hero tu pun pandaiiiiii blakon. sume watak lam cite ni mjd. :D
shukri yahya hensem sgt bila tgk dia senyum,
Memang pelakon baru kat mensia ni banyak yang berbakat. Tahniah. Pelakon otai kalau nak bertahan dalam industri elok lah baiki mutu lakonan supaya tak ketinggalan.
Best bangat!!!
1. Pelakon semua best.. semua pandai sangat belakon… sgt2
2. Casting mmg mantop sbb semua pelakon sesuai dgn watak masing
3. Hensem and cantik , hero dan heroin…
20 bintang…. sbb amat keciwa dengan casting sebelom nii… hero dah ok tp x de chemistry langsung dgn heroin… tettt… x leh bgtau cite mana… yg sebelom ni laaa
Keith Foo lucu jd gay. Mesti Norhafiza yg ajar dia melahar/me laser dlm drama ni kan?
Kenapa Keith jd gay plak??? Adoiii…ambik la Azwan Ali. Sedih I tau..
Keith Foo asyik laser Fathia je! :)
Hero tu OK. Sesuai la jd doktor. Doktor mana ada handsome sgt kan???