fbpx

Dapat Hidayah Ketika Berlakon Drama, Azza Elite Kini Bertudung

Jika minggu lalu ada berita mengatakan yang personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi kini sudah bertudung — minggu ini kita ada pula kisah Azza Elite yang sudah berhijrah.

Bercakap kepada mStar Online, Azza Elite berkata watak wanita muslimah yang di’bawa dalam drama Mujahid tahun lalu membuka hati beliau untuk terus menutup aurat.

“Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini,” ujar Azza Elite yang mula bertudung 6 Januari lalu.

Berkaitan dengan kerjaya seni beliau, Azza Elite berkata tiada apa yang berbeza ketika ini dalam bidang lakonan atau nyanyian — yang berubah hanya penampilan beliau.

“Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa — cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja”

Tahniah Azza Elite atas perubahan positif dalam hidup beliau ketika ini.