fbpx

Aliff Aziz Nafi Bercinta Dengan Adira, Sekadar Teman Rapat

Bermula kisahnya apabila Aliff Aziz yang memuat naik gambar di Instagram bersama Adira dan menunjukkan couple ring yang bersama.

“Gambar yang saya upload di Instagram bukanlah gambar yang tertulis I Love You , jauh sekali nak menunjuk-nunjuk”

“Saya sedar tindakan saya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan saya mohon semua harapkan yang terbaik sahaja untuk saya”

Apabila ditanya Aliff Aziz hanya mengakui bahawa dia dan Adira sekadar teman rapat dan kini dia adalah kawan perempuan yang paling rapat yang banyak membantunya sewaktu dilanda kemurungan selepas hubungan bersama Anne Ngasri terkandas di tengah jalan.

“Saya tidak nafikan Adira merupakan teman rapat yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat semasa saya berpisah dengan Anne”

Menurut Aliff, mereka mulai rapat semasa penggambaran drama terbitan Astro berjudul Tiara yang mana Adira adalah heroin bagi drama tersebut.