Adik Alyah Diperintah Bela Diri Kes Samun Ahli Perniagaan Warga Singapura | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
12 May 2012, 2:05PM

Adik lelaki kepada penyanyi popular, Alyah d’iminta untuk membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura.

Walaupun laporan akhbar Harian Metro ini tidak menyebut Mohd Faizal Abu Hassan sebagai adik kepada Alyah, laporan Buletin Utama malam tadi menyebut jelas identiti sebenar lelaki ini yang kini berusia 29 tahun.

Mohd Faizal Abu Hassan di’tuduh melakukan samun ke atas Rohana Jamal pada kira-kira jam 1.15 tengah hari di Taman Tampoi Indah di sini, 23 Januari lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar memerintah tertuduh untuk membela diri pada perbicaraan kes pada 29 hingga 31 Mei ini di’mahkamah yang sama.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...